http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Saturday 7 February 2015

Filled Under:

11 FAKTA ZERO Juara Maharaja Lawak Mega 2014 Yang Ramai Tak Tahu... #4 Sangat Tersentuh....TERHARU !!!

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Zero yang menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2014 tahun ini. Semoga korang terus maju dan sukses. Cayalah Zero, tak sia-sia kami undi anda dari awal hingga ke akhir !!!!




BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 (MLM 2014)

Peserta pertama: SYAIFUL
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta kedua: SHARIF
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta ke-3: ATU
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

11 fakta kumpulan zero yang mungkin anda tidak tahu.....

1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini
2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar
3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga
4. Syaiful berhenti belajar ketika Tingkatan Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga
5. Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka
6. Daripada silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik
7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik
8. Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul
9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong
10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.
11. Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah #ZEROFINAL #MLM2014 #ZERO #SABAHAN #JUARA

Apapun, kami nak ucapkan Selamat Menjadi Pengantin Baru buat Syaiful kerana dikhabarkan dia nak kahwin dah lepas menang tempat pertama Maharaja Lawak Mega 2014 ni !!!!!




0 comments:

Post a Comment