http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Wednesday 4 February 2015

Filled Under:

Ibu Mangsa Kelar Kesal Dengan Kenyataan Dari UITM


Keluarga pelajar perempuan yang maut akibat dikelar rakan lelakinya kesal dengan kenyataan pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila didakwa seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap tragedi menimpa anak kedua daripada enam beradik itu.

Ibu mangsa Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia sedih dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said apabila mengatakan anaknya Nur Syuhada Johari, 20, mengikut lelaki itu secara sukarela.

“UiTM tidak sepatutnya membuat kenyataan sewenang-wenangnya yang menggambarkan Nur Syuhada dengan sukarela mengikut suspek dan bukannya diculik selain kejadian berlaku di luar kampus.

“Siapa UiTM untuk kata anak saya secara sukarela mengikut lelaki itu? Anak saya diugut dengan pisau sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta, malah rakannya juga ada melihat kejadian sebelum memaklumkan kepada saya.

“Sebagai ibu yang melahir dan membesarkan Nur Syuhada, saya tahu anak saya cuba mempertahankan dirinya (dan)...saya tidak mampu terima tragedi yang menimpanya. Anda fikir saya mampu memaafkan suspek dan keluarganya?” katanya, semalam.

Menurutnya, dia menganggap semua penuntut wanita di UiTM Permatang Pauh itu seperti anaknya sendiri dan tidak mahu kejadian sama berulang.-sumber




6 comments:

  1. sabar...semoga arwah dicucuri rahmat...setiap yg berlaku sudah tertulis..jgn diguris dgn kata2 yg tidak enak..kasihanilah ibu yg telah lahirkan arwah...hatinya lebih menderita utk terima ketentuan ini...semoga allah sentiasa memberi ketabahan dan ketenangan buat mu ibu...

    ReplyDelete
  2. Alfatihah. Semoga allah memberi ketabahan bt keluarga arwah.

    ReplyDelete
  3. sungguh tidak patut pihak UITM permatang pauh terutama NC dia sndiri yg buat kenyataan spt itu, walhal dia tidak mempunyai fakta dan bukti, untuk pengetahuan ,NC bukan la seorang yg sentiasa ada di campus, so dia x layak langsung membuat kenyataan dan NC jgk adalah tidak patut membuat kenyataan tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.. harapan saya pd NC dan UITM, seorang ahli akademik biarlah bersikap memperjuangkan yg benar dan menegah yg salah...bukan lari drpd tanggungjawab...NC patut malu pada kenyataan nya...al-fatihah untuk mangsa dan takziah pada keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  4. Al fatihah..semoga arwah ditmptkan bersama golongan org2 yg beriman..

    ReplyDelete