http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Saturday, 7 February 2015

Sesuatu Yang Menarik Pada Janda Ini Yang Akan Buatkan Korang 'Kagum' Dan Seronok Untuk Melihatnya !!!

gambar sekadar hiasan

Pelbagai persoalan yang muncul mengenai status janda . Janda adalah gelaran bagi seorang wanita yang pernah berkahwin. Janda juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan suaminya…..

Namun begitu , apabila dengar sahaja perkataan janda, ianya sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin. Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Jom baca 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda tentang janda !!!!

1.) Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menggoda ....


2). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah bersedia ....

3). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya ....

4). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda mudah mesra dan manja ....

5). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menggula ....

6). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menjaga ....

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai bekerja ...

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah tahu semua benda ....

9). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja ....

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda kurang belanja kosnya ....

Namun begitu harus diingat ! Bukan semua janda mudah didekati malah kadang kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara....fikir-fikirkanlah ya...




SUMBER : ISUSEMASA.ORG


Thursday, 5 February 2015

4 Gambar Terbaru Zamani Slam Sedang Jalani Pemulihan Diri...


Penyanyi kesayangan ramai, Zamani Slam sudah dibebaskan dari tahanan reman dan difahamkan sedang menjalani rawatan pemulihan diri.

Untuk pengetahuan umum semua buat masa ni Zamani sedang menjalani terapi pemulihan. Jangkamasa berapa lama belum lagi diketahui lagi. Harap peminat semua dapat sama2 berdoa agar beliau cepat pulih dan sembuh," begitulah info mengenai perkembangan Zamani Slam melalui FB officialnya semalam.
Bagaimanapun, tidak diketahui di manakah penyanyi itu menjalani rawatan. Namun ada tekaan kemungkinan Zamani dirawat di Rumah Pengasih sebagaimana Jamal Abdillah mendapat rawatan.
Malah minggu lalu, Pengerusi Pengasih, Datuk Yunus Pathi ada berkata, pihaknya sedia membantu Zamani untuk pulih daripada ketagihan dadah.
"Pihak kami tidak ada masalah dan sedia menerima dia (Zamani) masuk ke rumah Pengasih jika dia benar-benar mahu berubah. Kalau mahu berubah, di mana-mana pun bo#leh, kita akan bantu sekiranya dia mahu.

"Dengan kaedah dan rawatan yang disediakan, saya yakin Zamani mampu pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

"Kita ada contoh terbaik iaitu Datuk Jamal Abdillah pernah menerima ra#watan di sini dan berjaya pulih," tambahnya - Eblog011.







Remaja Ini Bangga Kongsi Gambarnya Khayal Ambil Dadah...


Seorang remaja perempuan telah berkongsi gambar dirinya dan beberapa kawannya yang sedang khayal akibat mengambil dadah.

Remaja berkenaan juga dengan bangga memberitahu bahawa dia mengambil pil dadah tersebut didalam laman sosial Facebooknya sehingga menyebabkan otaknya kembali function.

Diharapkan remaja berkenaan insaf dan berhenti mengambil barang larangan tersebut sebelum otaknya terus tidak function.

Wahai remaja jangan lah rosakan masa remaja mu dengan perkara yang sia2.

Jangan terlalu ikutkan naluri remaja mu sehingga melalaikan dan menghanyutkan diri mu kelembah kehancuran.kembali lah kepangkal jalan sebelu terlambat. - Sumber


PANAS!! Fazura Bongkar Dalang Sebenar Disebalik Cubaan Lagakan Dirinya Dengan Zizan Razak


Fazura semalam telah keluar bersama Zizan untuk menyelesaikan masalah setelah mereka berdua dikatakan bergaduh dan bermasam muka.

Setelah melihat beberapa faktor, sikap peminat terutamanya mereka yang fanatik antara penyumbang utama kepada cerita pergaduhan diantara dirinya dan Zizan yang menjadi isu besar di media sosial.

Fazura mengatakan ada keyboard warrior yang menjadi punca utama pergaduhan mereka walhal mereka sebenarnya tiada masalahpun.

Ini penjelasan Fazura: (Murai)

“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.


“Semalam tiba-tiba saya terfikir mengenai isu saya dan Zizan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan segala perkara yang menyumbang kepada pelbagai andaian dan dakwaan umum terhadap saya mahupun Zizan.


“Tetapi saya tak dapat cari apa punca kami berdua berada didalam situasi ini kerana sebagai rakan artis yang saya kenali sebelum ini, tidak pernah pun saya dan dia(Zizan) bermasam muka. Saya terpanggil untuk menghubunginya dan bertanyakan tentang hal ini.


“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus,”


“Sejujurnya saya akui memang ada diantara satu dua tweet yang saya naikkan di Twitter menjurus kepada isu diantara kami berdua. Tetapi ia bukannya ditujukan khas kepada individu tertentu. Secara logiknya sebagai juri di MLM 2014, saya mengadili bukan Zizan seorang tetapi kumpulan Virus.


“Tidak adil jika tuduhan mengatakan saya mempunyai masalah dengan Zizan dan sebagainya. Tetapi sejujurnya sebelum ini saya telah ‘terperangkap’ dalam permainan para peminat fanatik serta mereka yang tidak senang dengan saya mahupun Zizan.


“Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.


“Tetapi syukur dengan kuasa Allah SWT semuanya selesai dan saya harap tiada lagi orang cuba menaikkan semula isu ini,”

Itulah penjelasan panjang lebar dari Fazura. Sebenarnya peminat kedua-dua selebriti ini hanya ingin mempertahankan artis kesayangan mereka. Namun mungkin kerana emosi, perkara ini menjadi besar.


sumber


Video Anak Kelima Sultan Johor Sergah Jururawat Di Hospital Tersebar Di Laman Sosial



Video Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, anak kelima Sultan Johor yang menyergah seorang jururawat (Matron) di sebuah hospital tersebar di Media Sosial. Sergahan itu menyebabkan Jururawat tersebut melatah kerana terkejut.

Namun, Tindakan Tunku Abdul Jalil itu hanyalah gurauan semata-mata dan sebagai penghargaan terima kasih kepada semua yang menjaganya di Hospital Sultanah Aminah Johor.

Ramai pengguna media sosial terutamanya rakyat Johor memuji Tunku Abdul Jalil yang dilihat sebagai berjiwa rakyat dan seorang yang rendah diri serta amat sporting.

Sebelum ini, pelbagai persoalan bermain diminda rakyat Johor apabila mengetahui tahap kesihatan Tunku Abdul Jalil. Walaubagaimanapun, ramai yang mengucapkan rasa kesyukuran apabila Tunku Abdul Jalil sudah kembali sihat sepenuhnya.


Sumber : MB


sumber


PERCAYALAH! Korang Pasti TERKEJUT BERUK Selepas Lihat Rupa Dalam Tandas Ini!!! (3 GAMBAR)


#Cerita kali ini ialah mengenai sebuah tandas di stesen minyak Shell di Bohol Filipina.$ Jika kita merungut keadaan tandas tidak begitu bersih di stesen minyak di Malaysia, lain pula ceritanya di sana.

Stesen minyak, yang terletak di, Bohol, yang bertujuan untuk menarik pengunjung dan pelancong. Selain dari tandas yang berkilauan bersih, tandas ini juga mempunyai suasana yang sangat nyaman, dengan lukisan indah menghiasi dinding, rak buku yang menyimpan bahan bacaan untuk pengguna ketika menggunakan tandas, kayu perabot dan hiasan cantik yang lain. Ia tidak seperti mana-mana tandas awam yang pernah kita lihat, itu yang pasti.

Walau bagaimanapun, ianya bukan satu-satunya seumpamanya. Menurut Rex G. Carampatan, pemilik Stesen Perkhidmatan Amare Shell di Cebu City, terdapat persaingan yang besar di Filipina untuk memberikan harga terbaik dan perkhidmatan tambah nilai, termasuk kemudahan tandas. Beliau menghabiskan masa selama tiga bulan mngubah suai dan menambah kemudahan yang “menarik dan memberikan pengalaman yang berbeza kepada tetamu”.



Bukan itu sahaja, stesen minyak di Cebu juga mempunyai ruang majlis yang boleh menampung 20 orang, dan dilengkapi dengan projektor dan perkhidmatan WiFi lengkap dengan perabot buatan tempatan dan perpustakaan di mana orang ramai boleh berehat sementara menunggu kenderaan mereka semasa mengisi minyak. Pelanggan dilayan seperti tetamu khas, yang sangat luar biasa di stesen gas. via Dairishare.


4 Gambar Terbaru Nur Shafiqa Mangsa Toreh Dimuka Selepas Membuat Pembedahan Plastik!


#“I’m proud of u….alhamd$ulilah……. dh pulih sepenuhnya” …. Inilah diantara kata-kata semangat yang ditulis oleh kawan-kawan dan keluarga Nur Shafiqa menerusi akaun Instagramnya yang sempat admin jenguk sebentar tadi. #Nampaknya wajah terkini Syafika semakin pulih namun parut di dahinya masih lagi kelihatan.



Apapun admin ingin mengucapkan tahniah diatas perkhawinan mereka baru-baru ini. semoga terus tabah dan bahagia disamping suami tersayang.


sumber